JOHOR BAHRU, JUN 26:MOHON MAAF…Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang terus dikecam kerana menggunakan bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi kenyataan rasmi kementerian digesa membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat negara ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut meminta bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu membuat kenyataan memohon maaf dalam bahasa Melayu.

Menurutnya, sebagai negara yang mengangkat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, tindakan Guan Eng itu jelas tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan amalan pentadbiran negara ini.

“Tindakan tersebut sangat biadap, menghina dan merendah-rendahkan kedudukan bahasa Melayu yang menjadi perkara asaa bukan sahajq dalam Perlembagaan Persekutuan, malah dalam setiap amalan dan urusan kerajaan.

“Ini kerana kenyataan yang ditulis dan dan dikeluarkan dalam bahasa Mandarin tersebut merupakan kenyataan rasmi yang melibatkan urusan pentadbiran negara dan kepentingan awam dan bukannya sesuatu yang bersifat peribadi dan tidak rasmi”,katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor turut mempersoalkan sama ada Guan Eng sudah lupa pada pendiriannya ketika mula-mula dilantik memegang jawatan itu yang menegaskan beliau ‘bukan seorang Cina, tetapi rakyat Malaysia’.

“Lebih teruk, beliau sendiri yang sebelum ini, semasa dipertikaikan perlantikanya sebagai Menteri Kewangan dengan lantang menyatakan bahawa ”I am not Chinese, I am Malaysian'”, katanya. – WD MY