KUALA LUMPUR, 30 Mei – KONGSI Tip Berguna….. Peneraju farmasi runcit, kesihatan dan kecantikan terkemuka Guardian Health and Beauty Sdn Bhd bekerjasama dengan selebriti tempatan bagi berkongsi tip-tip menarik sempena Ramahan yang bakal menjelang tiba tak lama lagi.

Bual bicara bertemakan “Ramadan Murni, Penampilan Berseri” bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai dalam mengekalkan gaya hidup sihat dan seimbang di bulan puasa ini.

Dihoskan oleh pasangan suami isteri Naz dan Sheahnee Iman Lee, Bual bicara mengenai mengekalkan kesihatan dibulan puasa ini dengan menampilkan barisan ahli panel seperti Umil Kalthom, Ahli farmasi, merangkap pengurus farmasi Guardian Malaysia, Farahani Failul Rahman, Penolong pengurus Perhubungan Awam, dan diserikan lagi dengan selebriti tempatan seperti Sazzy Falak Dan selebriti sukan Khairul Effendy.

LEAVE A REPLY