KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Datuk Seri Masidi Manjun hari ini mengumumkan pembukaan semula pendakian ke Gunung Kinabalu.

Menurut beliau, laluan yang baru sahaja dibuat lebih mencabar dari sebelumnya.

“Saya hari ini mengumumkan kepada pendaki untuk mendaki Gunung Kinabalu telah dibuka semula dengan laluan pendakian yang telah dibuat baru dan lebih mencabar,” kata Masidi Manjun.

Beliau ditemui ketika mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman ke perasmian Matta Fair 2015 di sini hari ini.

Sambutan untuk mendaki semula Gunung Kinabalu amatlah memberangsangkan dimana banyak tempahan untuk mendaki selepas gempa bumi yang melanda baru-baru ini.

“Saya sendiri menerima banyak permohonan untuk mendaki dari pelancong dan pendaki luar negara untuk mendaki,”
-Sharini Abdulah,(WD MY)

LEAVE A REPLY