HUTAN MELINTANG, MAC 17 – SUMBANGAN…. Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini memberikan petrol percuma kepada kira-kira 200 pengguna motosikal di sebuah stesen minyak BH Petrol, pagi tadi.

Pengisian minyak percuma itu berlangsung sejam mulai 10 pagi dengan pemberian minyak tangki penuh untuk motosikal bawah 150cc.

Presidennya, Datuk Seri Ramesh Rao berkata, program anjuran itu bertujuan membantu meringankan perbelanjaan harian penduduk di daerah tersebut, selaras dengan hasrat kerajaan BN.

“Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk, kita ingin membantu rakyat dan memperlihatkan usaha BN, tidak seperti parti pembangkang yang hanya tahu menabur fitnah.

“Program ini bukan semata-mata PRU akan datang seperti segelintir tanggapan masyarakat di sini.,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Pengurus BH Petrol Hutan Melintang, Abdul Malek Markum, pula berkata program itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang konsisten memberi bantuan dalam pelbagai bentuk, termasuk program minyak percuma.

Sementara itu, seorang pengguna, Puan Jna,40-an berharap program pengisian minyak percuma itu dapat diteruskan lagi bagi membantu mengurangkan kos sara hidup terutamanya golongan suri rumah sepertinya. – MY WD