KUALA LUMPUR, 26 Okt – Hab Digital….. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin hab digital Malaysia mampu dibangunkan di lokasi strategik sebagai komuniti perintis menjelang tahun depan.

Najib berkata, hab yang bakal menjadi pemangkin percambahan idea, inovasi, pendekatan baharu dan interaksi pelbagai komuniti boleh menggunakan konsep gudang, ruang dalam bangunan atau persekitaran mirip kampus.

KL06_261016_PM_DIGITAL

Katanya, matlamat yang bakal memacu kedudukan Malaysia sebagai negara maju itu merangkumi kolaborasi sektor swasta dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

“Hab digital Malaysia bakal menawarkan perkhidmatan unik seperti jalur lebar berkelajuan paling tinggi, penyediaan meja secara penggiliran apabila perlu, pemantauan dan bimbingan.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh serta Pengerusi Majlis Perniagaan China Malaysia, Tan Sri Ong Ka Ting.

Tambah Najib,  Malaysia memperkenalkan kategori baharu pekerja asing berkemahiran tinggi, iaitu peluang untuk membuka perniagaan dan menjamin aliran kemasukan pelabur.

“Kita turut menyasarkan permintaan tinggi terhadap kira-kira sejuta pekerja digital di Malaysia menjelang 2025, selaras pelbagai program pembangunan bakat direncana kerajaan,” katanya pada ucaptama Forum Ekonomi Digital Malaysia-China dan Hab Inovasi Huawei di sini, hari ini. – WD MY