KUALA LUMPUR, OKTOBER 17: ARAK… Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperketatkan had umur penjualan alkohol dari 18 tahun ke 21 tahun ke atas berkuatkuasa semalam.

Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pindaan peraturan tersebut terdiri daripada pindaan ke atas peraturan 361 mengenai standard am bagi minuman beralkohol yang sedia ada.

“Melarang penjualan minuman beralkohol kepada mereka yang berumur kurang daripada 21 tahun berbanding dengan 18 tahun sebelum ini.

“Semua penjual minuman beralkohol diwajibkan untuk mempamerkan notis “Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan” di hadapan lokasi di mana minuman beralkohol dijual dan tanda larangan jualan minuman beralkohol kepada mereka yang berumur kurang daripada 21 tahun di kaunter jualan minuman beralkohol,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Dr Dzulkefly berkata peraturan itu juga mewajibkan supaya minuman beralkohol untuk jualan dipamerkan di kabinet atau rak yang berasingan daripada kabinet atau rak makanan lain.

Selain itu, penjual juga diwajibkan meletakaan tanda “Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan “di atas semua label produk minuman beralkohol.

Menurutnya, pindaan  peraturan tersebut terdiri daripada pindaan ke atas peraturan 361 mengenai standard am bagi minuman beralkohol yang sedia ada dan mewujudkan peraturan baru 386A mengenai Sebatian Minuman Keras (Compounded Hard Liquor atau CHL).-MY WD