Halimah Yaakob Bakal Menjadi Presiden Wanita Pertama Republik Singapura

0
80

SINGAPURA, 12 Sept – PRESIDEN…… Halimah Yacob, Bekas Speaker Parlimen Singapura hari ini dikatakan bakal menjadi presiden wanita pertama republik itu selepas calon lain didapati tidak layak bertanding, lapor akhbar Straits Times hari ini.

Jawatan itu diperuntukkan tahun ini untuk calon daripada etnik minoriti Melayu.

Cuma Halimah diberi sijil kelayakan untuk bertanding pada pilihan raya oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden, lapor akhbar berkenaan di laman webnya. – WD MY