PUTRAJAYA, 17 Jan – Majlis perasmian dan penyerahan Bantuan Sekolah Transformasi Bumiputera (BEST 2016) berlangsung di Dewan Serbaguna Menara Seri Wilayah, petang tadi.

Program itu telah dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, usahasama ini adalah satu inisiatif bagi menyalurkan bantuan persekolahan kepada hampir 40,000 pelajar Bumiputera yang memerlukan membabitkan kos lebih RM2 juta.

Golongan sasaran penerima bantuan ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah di bawah kategori yatim piatu, keluarga berpendapatan sederhana dan rendah. – CF / Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY