PUTRAJAYA, 12 FEB – MASUK PPBM…..Seramai tujuh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) diterima masuk sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), hari ini.

Kesemua mereka menerima kad keahlian BERSATU hari ini yang diserahkan sendiri oleh Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.

Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh: Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sebelum ini, enam Ahli Parlimen berkenaan yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas meninggalkan UMNO pada 14 Disember lalu.

Bagaimanapun, enam Ahli Parlimen berkenaan dikhabarkan membuat ‘pusingan U’ apabila dikatakan akan memohon kembali sebagai ahli UMNO.

Mereka dikatakan menerima tekanan undang-undang berikutan tindakan saman terhadap mereka. – WD MY