KUALA LUMPUR, OGOS 21: KAK LIMAH…Filem┬áHantu Kak Limah (HKL) terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold terus mencetuskan fenomena apabila mencipta rekod keempat dengan memungut RM20.5 juta dalam tempoh hanya 11 hari tayangan.

Ini menjadikan HKL mendapat kutipan filem tertinggi bagi sesebuah filem tempatan. Rekod ini pernah dipegang oleh filem Abang Long Fadil 2 (terbitan Astro Shaw & Skop Productions ) menerima RM19.04 juta selama 28 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Ia sekali gus mencipta rekod baharu industri filem tempatan sebagai filem pertama yang berjaya meraih kutipan lebih 20 juta.

Penerbit Eksekutif, Datuk Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim termasuk pengarah, Mamat Khalid , barisan pelakon dan pekerja filem meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura.

Tidak ketinggalan penghargaan itu juga dirakamkan buat rakan media yang sentiasa menyokong dan meletakkan filem HKL di kedudukan rating tertinggi menerusi kutipan pecah panggung terbesar sepanjang zaman.

HKL masih rancak ditayangan di 146 pawagam membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.-MY WD