KOTA MARUDU, FEB 19 – HANYA…Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maxius Ongkili berkata, Barisan Nasional (BN) akan terus menyalurkan peruntukan pembangunan kepada Sabah, terutama bagi infrastruktur luar bandar di negeri ini.

Beliau turut memberitahu dengan infrastruktur seperti kemudahan jalan raya dan pendidikan yang lebih baik yang disediakan oleh part BN ini akan membantu  mengurangkan jurang pembangunan secara drastik antara Sabah dan Semenanjung.

“Hanya kerajaan BN yang kuat boleh melaksanakannya,” kata beliau kepada pemberita selepas sesi beramah-mesra dengan penduduk sempena Tahun Baharu Cina anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) di pekan Sikuati di sini hari ini.

Ongkili berkata pembangkang tidak mempunyai agenda pembangunan untuk Sabah dan lebih teruk lagi, mereka berpecah dan hanya pandai mengkritik kerajaan.

Ongkili yang juga pemangku presiden PBS kemudian menghadiri acara keluarga Au Ah Yun @ Baruang Asiew sempena Tahun Baharu Cina di Kampung Tawakul, Matunggong. – MY WD