KUALA LUMPUR, 9 Dis -Mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO sebentar tadi memutuskan hanya Presiden, Datuk Seri Najib Razak, akan berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Sabtu ini.

Perkara ini dinyatakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat itu sebentar tadi.

Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika ditemui media, berkata beliau akan menghadiri perhimpunan agung kali ini.

Muhyiddin terkilan kerana tidak diberi peluang untuk berucap pada sesi penggulungan walaupun sudah merayu. – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY