KUALA LUMPUR, 25 Mac – Lancar… Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melancarkan buku ‘Hanya Yang Berani’ mengenai Pasukan F. sempena Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-210, di sini, hari ini.

Buku `coffee table’ itu menceritakan kewibawaan, kehebatan dan kehandalann Pasukan F Cawangan Khas melaksanakan operasi risikan sulit dalam membanteras gerakan bawah tanah Parti Komunis Malaya di negara ini.

Tidak ramai mengetahui kewujudan pasukan elit Cawangan Khas ditubuhkan pada 1971, yang disifatkan wira tidak didendang.

Ia menjalankan tugas amat sulit dan berklasifikasi tinggi, termasuk mematahkan penyusupan elemen Parti Komunis Malaya ke negara ini dari selatan Thailand.

Pasukan itu memainkan peranan memusnahkan sel komunis, kem persembunyian dan merampas senjata.

Kejayaan membanggakan adalah menawan 1,372 pemimpin dan pengganas komunis hidup-hidup tanpa pertumpahan darah serta menembak mati 48 pengganas. – WD MY