SUBANG JAYA, OGOS 10:HARGA KERETA…PROTON Edar Sdn Bhd menjangkakan harga kenderaannya meningkat sekitar RM1,500 hingga RM3,000 pasca cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Rashid Musa, berkata jumlah anggaran peningkatan itu adalah berdasarkan pengurangan harga ketika pasca peralihan sistem pencukaian SST kepada cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebelum ini.

“Kita menjangkakan harga kenderaan Proton akan meningkat selepas pelaksanaan SST, cuma angka tepat belum dapat dipastikan memandangkan kerajaan belum lagi mengumumkan mekanisme cukai ini.-MY WD