NEW YORK,OKTOBER 6: TURUN….Harga minyak turun berikutan prospek peningkatan pengeluaran dari Arab Saudi dan Russia mendorong aktiviti pengambilan untung sehari selepas dagangan hadapan mencecah paras tertinggi empat tahun.

Dagangan hadapan Brent susut AS$1.71, atau 1.98 peratus, untuk ditutup pada AS$84.58 satu tong.

Rabu lalu, Brent menokok ke paras tertinggi 2014 AS$86.74.

Dagangan hadapan West Texas Intermediate (WTI) turun AS$2.08 untuk ditutup pada AS$74.33 satu tong, penyusutan 2.72 peratus.

Peserta pasaran mengaut untung selepas Brent pada Rabu menokok ke paras “terlebih beli” sejak Februari 2012.-MY WD