TOKYO,JULAI 18:MINYAK…. Harga minyak mentah susut hari ini selepas kumpulan industri melaporkan bahawa inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) meningkat minggu lalu sekaligus melawan jangkaan penganalisis bagi pengurangan yang signifikan.

NIAGA HADAPAN BRENT SUSUT 40 CENTS ATAU 0.6 PERATUS KEPADA AS$71.76 SETONG.

Ia melonjak 32 cents kepada AS$72.16 setong pada Selasa selepas mencecah paras terendah dalam tempoh tiga bulan.

AS West Texas Intermediate pula susut 27 cents, atau 0.4 peratus kepada AS$67.82. Ia ditutup dua cents kepada AS$68.08 setong dalam sesi terdahulu, menghampiri paras terendah dalam tempoh sebulan.

Penanda aras minyak mentah itu kembali stabil selepas kejatuhan besar pada Isnin dan minggu lalu selepas gangguan bekalan di Venezuela kembali pulih dan penganalisis mengunjurkan penurunan 3.5 juta tong dalam inventori AS bagi minggu berakhir 13 Julai lalu.

Bagaimanapun, situasi lebihan bekalan kembali semula dengan kenaikan lebih daripada 600,000 tong dalam bekalan minyak mentah AS, sebagaimana yang dilaporkan oleh Institut Petroleum AS semalam.-MY WD