KUALA LUMPUR, 8 Mac – HARGA… Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 9 Mac 2019 sehingga 15 Mac 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

(i) harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM2.43 seliter kepada RM2.46 seliter;

(ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan

(iii) harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 9 Mac 2019 sehingga 15 Mac 2019 sepatutnya adalah sebanyak RM2.16 seliter dan RM2.38 seliter masing-masing. – WD MY