KUALA LUMPUR, 15 MAC – NAIK….Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 16 Mac 2019 sehingga 22 Mac 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

(i) harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 8 sen seliter iaitu daripada RM2.46 seliter kepada RM2.54 seliter;

(ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan

(iii) harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.