KUALA LUMPUR, 22 FEB – NAIK….Harga jualan runcit petrol RON95 dan RON97 meningkat 10 sen mulai tengah malam ini untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan peningkatan itu menjadikan harga runcit RON95 RM2.08 seliter berbanding RM1.98 seliter.

RON97 pula – yang berada pada paras RM 2.25 seliter pada mulai Jumaat lalu – akan dijual pada harga RM2.38 seliter.

Bagaimanapun harga runcit bagi diesel kekal RM2.18 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan peningkatan harga runcit petrol RON95 didorong oleh faktor peningkatan purata kos produk diproses (refined product) di pasaran dunia berbanding minggu sebelumnya. – WD MY