KUALA LUMPUR, 8 Feb – NAIK…..Harga petrol akan naik sebanyak 4 sen selepas tengah malam ini, manakala harga diesel kekal tidak berubah pada RM2.18 sen seliter.

Pada suatu kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan berkata RON95 akan dijual pada harga RM1.97 seliter, manakala RON97 dijual dengan harga RM2.27 seliter. Kedua-duanya naik sebanyak 4 sen daripada kadar harga pada minggu lalU.

Putrajaya telah mengembalikan sistem apungan harga minyak secara mingguanpada awal bulan lalu.

Pengekalan harga ini ditetapkan sehingga pelaksanaan pemberian subsidi petrol RON95 secara bersasar yang akan dilaksanakan pada hujung tahun ini. – WD MY