JOHOR BAHRU, 16 Mei – Lancarkan…. ┬áPerdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir melancarkan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-46, di Kompleks Sukan Educity, dekat sini, hari ini.

Kira-kira 3,000 guru dari seluruh Malaysia berkumpul pada pada majlis itu yang turut menyatakan Ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid akan menyampaikan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2017, Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2017 dan Ikon Guru Inovatif Kebangsaan 2017.

Ahmad Zahid juga dijangka menyampaikan cek pembangunan pendidikan Johor kepada Mohamed Khaled.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. – WD MY