PARIS, 2 Mei – Kecoh……… Sambutan Perarakan sempena Hari Pekerja bertukar ganas di Perancis dengan calon presiden, Emmanuel Macron, menyelar pencabarnya, Marine Le Pen, menonjolkan perpecahan mendalam enam hari menjelang pusingan kedua pilihan raya.

Enam pegawai polis cedera dalam pertempuran di Paris antara belia bertopeng yang membaling bom api dan polis pencegah rusuhan yang bertindak balas dengan gas pemedih mata, ketika puluhan ribu aktivis kesatuan sekerja mengadakan demonstrasi.

Menteri Dalam Negeri, Matthias Fekl, mengutuk keganasan dan berkata seorang pegawai mengalami lecur teruk di tangan manakala seorang lagi terbakar di muka.

Memberi reaksi kepada kejadian itu, Le Pen, menulis dalam Twitter: “Ini adalah kekecohan yang saya tidak mahu lihat lagi di jalan raya kita.”

Sementara dalam ucapannya, Macron memberitahu ribuan penyokong beliau akan mempertahankan “demokrasi bebas” jika pengundi memilihnya Ahad ini selepas Le Pen menggesa pengundi menolak “dunia kewangan, kesombongan dan menjadikan wang sebagai raja” seperti ditunjukkan lawannya. – WD MY