PUTRAJAYA, MAC 15 -HARI….Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot semalam membayangkan sambutan Hari Pekerja tahun ini mungkin tidak dapat diadakan pada 1 Mei seperti kebiasaan dan berkemungkinan ditunda sehingga selepas PRU14.

Sebaliknya kata beliau sambutan itu mungkin hanya boleh dibuat selepas ‘satu raya besar’ yang merujuk kepada pilihan raya umum ke-14.

“Tema Hari Pekerja 2018 yang dipilih iaitu ‘Pekerja Berkemahiran, Peneraju Kecemerlangan Negara’ telah dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Feb lepas, tetapi saya tidak dapat beri jaminan sambutan Hari Pekerja yang biasanya disambut pada 1 Mei dapat dilaksanakan pada tarikh tersebut.”

“Ia mungkin hanya boleh dibuat selepas satu raya yang besar,” katanya.-MY WD