KUALA LUMPUR, 3 Dis – Hari Terakhir…. Selepas dua hari bersidang, Perhimpunan Agung UMNO 2016 memasuki hari terakhirnya hari ini dengan menyambung semula perbahasan usul ekonomi.
Sebanyak sembilan pembahas dijadual mengambil bahagian membahas usul itu yang akan dimulakan dengan wakil Pergerakan Puteri UMNO Armizadonna Wirdawati Mohd Radzi.
Sebanyak 14 pembahas akan membahaskan usul agama dan pendidikan sebelum sesi penggulungan.
Sesi penggulungan tahun ini menyaksikan ia kembali kepada tradisinya iaitu ucapan penggulungan akan dilakukan oleh pucuk pimpinan utama parti berbanding tahun lepas yang hanya dilakukan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
Perhimpunan agung dijadual tamat pada 6.30 petang dan diikuti sidang media oleh pimpinan utama parti. – WD MY