KUALA LUMPUR, 23 Sept – Heitech Padu Bhd menerima surat anugerah
(LOA), bernilai RM38.35 juta, daripada Kementerian Dalam Negeri bagi
menyelenggara peralatan dan perisian sistem komputer Jabatan Imigresen.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Heitech berkata LoA itu untuk tempoh
tiga tahun mulai 16 Sept, 2015 hingga 15 Sept, 2018.

“Sebarang pembaharuan dan lanjutan akan dilakukan atas budi bicara
kerajaan,” katanya.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY