ANKARA, 12 FEB – HELIKOPTER…. Empat askar terbunuh semalam selepas sebuah helikopter tentera Turki terhempas di kawasan kediaman di Istanbul, kata gabenor wilayah, Ali Yerkaya.

“Malangnya empat askar kami syahid,” kata Yerkaya kepada media di tempat kejadian.

Beliau berkata, tiada kakitangan tentera lain atau orang awam cedera selepas helikopter itu terjunam ke tanah di daerah Cekmekoy.

Dalam ucapan di televisyen, katanya, insiden berlaku sekitar jam 6.51 petang waktu tempatan.

Imej televisyen Turki sebelum itu menunjukkan asap hitam tebal keluar dari belakang dinding di sebelah Asia di Istanbul.

Yerlikaya berkata, pendakwa raya awam sudah melancarkan siasatan terhadap punca nahas. Empat askar Turki terbunuh November lalu selepas sebuah helikopter tentera terhempas di kawasan kediaman lain di Istanbul, melanggar sebuah bangunan empat tingkat. – WD MY