SEMENYIH, 4 April – Sebuah helikopter awam dilaporkan terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih sebentar tadi.

Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata jumlah penumpang belum dapat dipastikan.

Pasukan bomba Kajang dilapor telah dihantar ke lokasi.

Kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter di
sini,sudah ditemui, kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Othman
Abdullah.

Bagaimanapun, identiti mereka tidak dapat disahkan lagi setakat ini.
Usaha-usaha sedang dibuat untuk mengeluarkan mayat-mayat itu dari
kawasan nahas di sebuah kawasan kebun getah, dan ia dijangka selesai tidak lama
lagi.

Laporan awal menunjukkan seorang daripada enam mangsa nahas itu ialah
Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Jamaluddin Jarjis, kata
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai malam ini.

Nahas itu berlaku 4.55 petang tadi dan ada penduduk mendakwa melihat
helikopter itu meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di
kawasan kebun getah itu di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, di sini.
-Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY