Hentikan Cubaan Melaga-Lagakan Kepimpinan Negara Kata Tengku Adnan

Hentikan Cubaan Melaga-Lagakan Kepimpinan Negara Kata Tengku Adnan

607
0
PUTRAJAYA 10 Dis – Sebar……… Penyebaran surat layang membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai satu cubaan pihak tertentu untuk melaga-lagakan kepimpinan negara dan UMNO.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perbuatan fitnah itu berpunca daripada sikap sesetengah pihak yang iri hati terhadap keakraban pemimpin UMNO pada hari ini.

“Saya minta rakyat termasuk ahli UMNO untuk tidak mempercayai fitnah itu kerana ia langsung tidak memberi sebarang faedah kepada parti dan negara secara umumnya.

“Fitnah begini ┬ámerupakan salah satu cara untuk memecahkah perpaduan dalam parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pelepasan Kayuhan Komuniti Putrajaya di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (2) di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai penyebaran surat layang konon ditandatangani Ahmad Zahid yang diutuskan kepada semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengenai desakan agar Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Sementara itu, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan berhasrat membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Putrajaya bagi membantu golongan pendapatan rendah termasuk penjawat awam memiliki rumah kediaman.
Menurut Tengku Adnan, pihaknya ingin melaksanakan projek itu di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini ekoran terdapat kakitangan kerajaan khususnya bergred rendah tidak mampu membeli rumah berharga lebih RM70,000.
“Saya akan membincangkan perkara ini dengan Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa mengenai mekanisma yang sesuai dilakukan untuk menjayakan inisiatif tersebut.
“Perancangan itu merupakan usaha terbaharu kerajaan bagi meringankan beban rakyat selepas pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan,” katanya. – WD MY