KUALA LUMPUR, FEB 20 – HENTIKAN….Tindakan netizen menyebarkan fitnah dan memburuk-burukkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri di laman sosial mendapat kritikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Perbuatan fitnah ini boleh disifatkan sebagai tidak beretika. Beliau turut memberitahu
fitnah itu sudah berkali-kali dinafikan Nancy sejak ia dilemparkan pada 2015.

“Sepatutnya isu ini tidak timbul lagi kerana penjelasan telah dilakukan dan jelas ia merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu dengan memutarbelitkan kenyataan dan mereka-reka fitnah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Rohani turut menyokong kerajaan menggubal undang-undang bagi mengekang berita palsu. Cadangan yang dibuat memang tepat pada masanya. Hal ini dapat mengekang  penyebaran fitnah secara berleluasa dapat dibanteras bagi mengelak perpecahan dalam masyarakat dan menjaga keamanan negara.

“Saya menggesa netizen menghentikan penyebaran berita palsu ini dan agar masyarakat tidak mempercayai sewenang-wenangnya berita palsu dan fitnah tanpa menyemak dengan sumber sahih,” katanya – MY WD