KUALA LUMPUR, 26 Nov – Keamanan….. Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pembangkang seharusnya bersama-sama membina negara ini agar semua pihak dapat hidup dengan aman.

Ab Rauf berkata, jangan hanya kerana kepentingan politik dan tamakkan kuasa, hati rakyat negara ini diguris sesuka hati.

“Mereka harus sedar, walaupun mereka mentadbir beberapa buah negari tetapi kebanyakan negeri di negara ini berada di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan ini membawa makna rakyat secara majoriti menyokong BN.

“Jadi, segala bentuk provokasi menghina dan mengeji haruslah diberhentikan segera bagi menghormati keharmonian semua kaum di negara ini,” katanya selepas sesi makan tengahari bersama peserta Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS 4.0) di PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO yang bermula pada 29 November ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Dap yang memberikan permit kepada kartunis pro pembangkang untuk mengadakan pameran lukisan menghina dan menfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Tambahnya, seharusnya membina dan menjaga kepentingan rakyat negeri itu dengan baik dan cara menghina serta mengeji tidak mungkin sama sekali dapat membina Pulau Pinang menjadi lebih baik. – WD MY