TOKYO, 31 Mei – Hilang Keahlian Secara Automatik….. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan mana- mana ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya akan hilang keahlian secara automatik.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO, berkata calon yang bertanding tanpa mendapat kelulusan dan diputuskan oleh Presiden parti akan hilang keahlian secara serta merta.

Beliau mengulas mengenai tindakan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Jamalullail yang mengumumkan dirinya akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar.

Menurut Ahmad Zahid, beliau secara automatik dipecat atas tindakannya itu.

Tindakan sama turut akan dikenakan terhadap penyokongnya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang medianya dalam rangka lawatannya ke Jepun. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY