HIMPUNAN ICERD : 6 JALAN UTAMA DI KL DITUTUP

HIMPUNAN ICERD : 6 JALAN UTAMA DI KL DITUTUP

96
0

KUALA LUMPUR, DISEMBER 7: HIMPUNAN…Enam laluan utama di sekitar ibu kota akan ditutup bagi perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadulkan berlangsung Sabtu ini.

Enam laluan itu melibatkan Jalan Sultan Hishamuddin, Lebuh Pasar, Jalan Tun Perak, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut Dan Bulatan Dato Onn.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, enam laluan tersebut akan ditutup bermula pukul 6 pagi sehingga selesai perhimpunan.

Katanya, penutupan jalan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis mengawal dan memantau perhimpunan supaya tiada insiden yang tidak diingini berlaku sekali gus mengelakkan kesesakan lalu lintas.

“Kita nasihatkan peserta perhimpunan menggunakan pengangkutan awam untuk ke lokasi berhimpun iaitu di Jalan Raja berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

“Peserta perhimpunan juga perlu bekerjasama dan mematuhi arahan trafik serta tidak meletakkan kenderaan sesuka hati bagi mengelakkan kesesakan yang teruk di kawasan terlibat,” katanya pada sidang akhbar Op Aman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur SEMALAM.-MY WD