DHAKA, 2 Ogos – Tahan….. Pihak Polis Bangladesh menahan wartawan di selatan negara itu kerana didakwa memfitnah seorang menteri dalam Facebook bahawa kambing yang diberi kerajaan pada waktu pagi, mati pada sebelah petang.

Wartawan akhbar harian berbahasa Benggali, Abdul Latif Morol, ditahan sebelum subuh di bandar Dumuria selepas pemberita akhbar saingan memfailkan kes menurut undang-undang tegas internet.

“Aduan menyatakan Morol memfitnah menteri perikanan dan ternakan negeri, Narayan Chandra Chanda, selepas membuat kenyataan menghina beliau dalam Facebook,” kata ketua polis tempatan, Sukumar Biswas.

Chanda ialah tetamu kehormat majlis anjuran jabatan ternakan kerajaan negeri, iaitu sebahagian daripada kementeriannya, di Dumuria Sabtu lalu.

Pada majlis berkenaan, ternakan termasuk kambing, ayam dan itik disumbangkan kepada petani miskin, tetapi seekor kambing mati tidak lama selepas itu.

Ia mendorong Mosol menulis di Facebook ‘Kambing diberikan menteri pada waktu pagi, mati pada petangnya.’

Aduan mendakwa kenyataan Mosol bertujuan merendahkan Chanda secara sosial dan peribadi sedangkan beliau sepatutnya menyalahkan pegawai ternakan dan bukan menteri. – WD MY