KUALA LUMPUR, 4 Okt – Arahkan Siasatan Insiden….. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin
Tun Hussein mengarahkan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyiasat
insiden helikopter Nuri miliknya terhempas semasa cuba mendarat cemas di atas
bumbung Pusat Kemahiran Hidup, Sekolah Menengah Kebangsaan Balung, Tawau, Sabah,
hari ini.

“Saya telah mengarahkan Panglima Tentera Udara (PTU) Jen Tan Sri Roslan Saad
sendiri pantau siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian di Tawau.

“Timbalan saya (Datuk Seri Mohd) Johari Baharum dan PTU akan bersama (Menteri
Belia dan Sukan Sabah) YB (Datuk) Tawfiq Abu Bakar Titingan (Ketua UMNO Bahagian
Tawau) untuk meninjau kawasan kejadian dan berjumpa dengan pengurusan &
murid-murid SMK Balung, Tawau,” katanya dalam laman Facebook rasmi beliau.

Hishammuddin juga melahirkan rasa syukur kerana semua anak kapal dan
penumpang helikopter berkenaan selamat.

Dalam kejadian pada 9.45 pagi tadi, seramai 14 anggota tentera cedera dan
dibawa ke Hospital Tawau selepas sebuah helikopter Nuri milik TUDM terhempas
semasa cuba mendarat cemas di atas bumbung sekolah itu.

Lima pelajar sekolah itu turut cedera. – WD MY

LEAVE A REPLY