RIYADH, 16 April – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Arab Saudi Putera
Mohammad Salman Abdul Aziz di sini pada Rabu.

Dalam pertemuan itu Putera Mohammad telah menyampaikan taklimat kepada Hishammuddin tentang operasi
ketenteraan “Operation Decisive Storm” yang dilancarkan Arab Saudi terhadap Puak
Houthi di Yaman sejak akhir Mac.

Kedua-dua menteri juga dikatakan telah membincangkan kerjasama ketenteraan
antara kedua-dua negara.

Serangan udara tentera Arab Saudi di Yaman di bawah operasi itu telah banyak
memusnahkan kelengkapan ketenteraan serta kedudukan Puak Houthi yang disokong
oleh Iran.

Sebelum ini, pada akhir Mac, Putera Mohammad telah mengadakan pertemuan
dengan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor
di Riyadh bagi membincangkan penyertaan Malaysia dalam operasi ketenteraan yang
diketuai Arab Saudi itu.- Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY