KUALA LUMPUR, 25 Okt – Hadir Ke Perhimpunan Bulanan Dan Inovasi….. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir ke Perhimpunan Bulanan dan Hari Inovasi Peringkat kementerian di sini hari ini.

Beliau tiba pada pukul 11 pagi diiringi Timbalan Menteri Datuk Seri Johari Baharum, Ketua Setiausaha Kementerian, Dato Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Hishammuddin dalam ucapan mengariskan 5 teras yang dikenali Doktrin Awana.

Pertama, Teras Kebajikan Anggota dan Veteran ATM. Kedua iaitu Teras Kesiapsiagaan, Teras Keselamatan manakala Teras ke empat iaitu Diplomasi Pertahanan.

Teras terakhir iaitu pelaksaan program Latihan Khidmat Negara (PLKN 2.0).

Hishammuddin berkata Doktrin Awana yang mengandungi 5 teras sebagai panduan dalam memimpin segala fokus dna gerak kerja Mindef untuk tahun ini.

” Dalam apa jua keadaan, jangan mana-mana pihak memperlekehkan kita,” kata Hishammuddin dalam ucapannya.