KLUANG, 23 Jan – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin
Hussein berharap kemelut politik yang melanda Kedah ketika ini dapat
diselesaikan dengan semangat kekeluargaan, bijaksana dan rasional demi
kelangsungan parti dan rakyat.

M?enurut Menteri Pertahanan itu berkata sekiranya diselesaikan secara matang, apa jua
kemelut yang berlaku di dalam UMNO negeri sudah tentu tidak akan membawa kesan
yang teruk kepada parti dan rakyat.

“Saya tengok bahawa luahan dan pendirian kepimpinan bahagian-bahagian (UMNO)
di Kedah banyak berkisar kepada pertimbangan mereka sendiri dan perkara itu juga
sudah disampaikan kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak, semalam.

“Sehubungan itu, saya harap isu ini ditangani secara matang, bijaksana
bersandarkan perkara-perkara yang ada kaitan rapat dengan hala tuju UMNO Kedah
dan pentadbiran kerajaan Kedah itu sendiri,” katanya.

Hishammuddin ditemui media selepas melancarkan program Jiwa Murni Parlimen Sembrong di Felda Kahang Timur, hari ini.

Tambah Hishammuddin, krisis politik di Kedah bukan sesuatu perkara
baharu di peringkat negeri-negeri malah parti juga pernah melalui pelbagai
keadaan yang mencabar sebelum ini. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY