KULIM, 26 Ogos – “Musang Berbulu Ayam”……Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyelar tindakan pemimpin yang mengkhianati parti itu selepas “tidur dan gemuk” berada di dalamnya.

Menyifatkan ia sebagai sifat “musang berbulu ayam”, beliau tidak mahu ahli UMNO terpedaya atau keliru dengan dakyah yang dicanang pemimpin seperti itu.

Sebaliknya, Hishammuddin menyeru setiap peringkat UMNO merapatkan saf bagi bersama-sama bersedia menghadapi cabaran memenangkan calon Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum Ke-14.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Padang Serai, di Kulim,Kedah – WD MY

LEAVE A REPLY