KUALA TERENGGANU, 21 Nov – PEMBANTU RUMAH…..  Pekerjaa ini diiktiraf sebagai ‘Home Manager’ (pengurus kediaman) bagi memartabatkan imej wanita yang menyertai sektor ini.

Tidak dinafikan mereka mempunyai kecekapan dalam pelbagai urusan rumah tangga ekoran diberi latihan secukupnya dari semasa ke semasa.

Lebih istimewa, mereka tidak perlu bermalam di rumah majikan seperti kebiasaan rutin pembantu rumah konvensional.

Mereka hanya bekerja mengikut waktu pejabat sahaja atau waktu yang sesuai selepas berunding dengan majikan.

Program khas hasil idea Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman itu mula diperkenalkan sejak tiga tahun lalu dan mendapat sambutan luar biasa di seluruh negeri ini, malah menjadi inspirasi kepada negeri lain.

‘Home Manager’ ini akan menerima gaji RM1,000 sebulan, dilindungi insurans dan mempunyai simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) malah bagi mempromosi program ini, kerajaan negeri turut membantu majikan dengan memberi subsidi RM200 sebulan pada tiga bulan pertama. – WD MY