KUALA LUMPUR, 3 Mac – Hormati…. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak berkuasa Malaysia mengendalikan kes pembunuhan berprofil tinggi Kim Jong-nam secara profesional dan Korea Utara mesti menghormati profesionalisme berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, dakwaan Korea Utara bahawa Jong-nam meninggal dunia akibat serangan jantung adalah tidak profesional.

“Pihak berkuasa Malaysia sudah memeriksa ujian kimia, DNA dan forensik serta memeriksa sistem kamera litar tertutup (CCTV) mendapati pembunuhan akibat serangan ejen saraf VX,” katanya.

Beliau ditemui media sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia FELDA Malaysia, di sini, hari ini.

Semalam, jurucakap Kedutaan Korea Utara, Ri Tong Il, yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Duta Korea Utara ke PBB, dilaporkan berkata, Jong-nam mungkin meninggal dunia akibat serangan jantung kerana beliau mengalami penyakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Siasatan polis mendapati Jong-chol yang sepatutnya berada di negara ini untuk bekerja didapati menjalankan pekerjaan yang tidak pernah dilakukannya.

“Kita tak mahu elemen seperti ini berlaku di negara ini. Kerajaan perlu tegas agar negara kita tak dijadikan pangkalan kegiatan diragui seperti dilakukan Jong-chol,” katanya

Siasatan polis mendapati Jong-chol yang sepatutnya berada di negara ini untuk bekerja didapati menjalankan pekerjaan yang tidak pernah dilakukannya.

“Kita tak mahu elemen seperti ini berlaku di negara ini. Kerajaan perlu tegas agar negara kita tak dijadikan pangkalan kegiatan diragui seperti dilakukan Jong-chol,” katanya. – WD MY