Hotel Imperial Heritage Melaka Dirasmikan Timbalan Perdana Menteri

0
1014
MELAKA, 17 Nov – Rasmikan ……. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan Hotel Imperial Heritage di Jalan Merdeka, Bandar Hilir di sini.
Ketibaan Timbalan Perdana Menteri pada kira-kira 6.35 petang disambut Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Tan Sri Mohd Ali
Rustam.
Ahmad Zahid kemudian memotong riben dan menandatangani plak perasmian hotel
sebelum mengadakan tinjauan ringkas ke bilik serta fasiliti lain di dalam hotel
tersebut.
Ahmad Zahid dijadual merasmikan Konvensyen Dunia Melayu Dunia
Islam ke-17 di Hotel Hatten juga di Bandar Hilir pada 8.15 malam ini.
Hotel Imperial Heritage Melaka yang dibina dengan kos RM70 juta bermula
Oktober 2011, mula beroperasi pada Mac tahun lepas. – WD MY

imperial heritage hotel