TAIPEI, 7 Feb – RUNTUHAN….. Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang melanda timur Taiwan menyebabkan sebuah hotel runtuh.

Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu dilaporkan berlaku pada jam 11.50 malam (waktu tempatan) di kawasan terletak kira-kira 21 kilometer di timur laut bandar pelabuhan Hualien.

Pada Sabtu lalu, lima gegaran kecil direkodkan dalam tempoh dua jam setiap satu di kawasan sama di pantai timur negara itu.

Gempa bumi terburuk di Taiwan dicatatkan pada September 1999 dan ia mengorbankan kira-kira 2,400 mangsa. – WD MY