WASHINGTON, 20 FEB – KONGSI DATA….. Pengasas dan ketua eksekutif Huawei Technologies Co Ltd berjanji tidak akan berkongsi sebarang maklumat pelanggan dengan kerajaan China, menegaskan mereka tidak pernah melakukannya sebelum ini, dalam temubual dengan CBS News yang disiarkan hari ini.

Ditanya jika ia berkongsi data dengan kerajaan China, Ren Zhengfei, berkata dalam temubual yang diterjemahkan: “Sejak 30 tahun lalu, kami tidak pernah melakukannya. Kami tidak akan melakukannya untuk 30 tahun lagi.” – WD MY