KUALA LUMPUR, 2 Feb – Seperti Biasa…… Semua hubungan ketenteraan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) tidak terjejas susulan perintah Presiden Donald Trump
menguatkuasakan larangan kemasukan pelarian dan warganegara daripada tujuh
negara Islam ke AS kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Hishammuddin berkata ini kerana hubungan Malaysia dengan semua pihak amat baik manakala geopolitik dan diplomasi ketenteraan negara ini berada pada tahap membanggakan.

“Negara kita masih bernasib baik kerana tidak tersenarai dalam senarai
‘banned’ (dilarang) AS walaupun ada beberapa negara yang tersenarai dihalang
masuk ke AS dalam pentadbiran Trump kali ini.

“Apa jua ketidakmungkinan berlaku pada masa akan datang atau terdekat kita
sentiasa bersedia,” katanya kepada media selepas merasmikan pelancaran dan
pemeteraian Memorandum Persefahaman Program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
di Wisma Perwira ATM, di sini, hari ini. – WD MY