KUALA LUMPUR, 22 Mac – Taburan hujan yang melanda beberapa kawasan sejak pagi tadi hanya bersifat sementara.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, cuaca mendung dan hujan tidak mengakhiri tempoh panas yang berlaku ketika ini kerana kejadian itu berlaku akibat pergerakan awam dan angin sahaja.

“Berlaku pergerakan awan dan hujan turun di beberapa kawasan seperti di Selangor dan ibu negara sejak pagi tadi. Petang ini pula hujan turun di Johor terutamanya di Senai.

“Cuaca itu disifatkan sementara kerana Jabatan Meteorologi menjangka keadaan panas hanya akan berakhir pada akhir Mac ini manakala musim hujan berpanjangan pada April nanti,” katanya ketika dihubungi media.

Katanya, beberapa kawasan yang dilanda cuaca mendung juga tidak mengakhiri cuaca panas ketika ini.

Berikut suhu di beberapa kawasan sehingga jam 6 petang tadi, Batu Embun, Pahang (37 darjah Celsius); Chuping, Perlis (33 darjah Celsius); Keningau, Sabah (37 darjah Celsius; Prai, Pulau Pinang (32 darjah Celsius); Temerloh, Pahang (37 darjah Celsius; Lubok Merbau, Perak (36 darjah Celsius); Ipoh, Perak (31 darjah Celsius) ; Kuala Krai, Kelantan (36 darjah Celcius) dan Alor Star, Kedah (32 darjah Celsius).- Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY