KUALA LUMPUR, 9 Mei – Cuaca Buruk….. Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mengeluarkan amaran cuaca buruk di empat negeri yang dijangka berterusan sehingga awal pagi ini.

Amaran itu membabitkan beberapa kawasan di sekitar negeri Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Johor.

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di Kedah diramalkan melanda kawasan Pokok Sena, Kota setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Cuaca sama turut melanda Johor yang membabitkan kawasan seperti Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

Bagi Pahang pula, ia membabitkan kawasan Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Jerantut – WD MY