KUALA LUMPUR, 7 Mei – Hujan…..  Fenomena El Nino neutral yang melanda kawasan kebenuaan laut yang turut meliputi Malaysia dan Indonesia menjadi satu daripada faktor kepada penurunan hujan lebat hampir setiap hari sekarang.

Keadaan Ayunan Selatan El Nino Selatan (ENSO) neutral itu dijangka berterusan dari April hingga Jun ini.

Timbalan Dekan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mastura Mahmud, berkata keadaan neutral di Lautan Pasifik menyebabkan kebenuaan lautan mengalami aktiviti perolakan awan yang aktif iaitu punca hujan lebat yang kerap berlaku.

“Lazimnya dari Februari hingga akhir Mac negara akan mengalami keadaan kering. Bagaimanapun pada tahun ini dengan kelengahan La Nina sederhana lemah yang berlaku pada tahun lalu, sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan di barat Lautan Pasifik.

“Sejak beberapa minggu kebelakangan ini aktiviti awan tebal banyak terbentuk di sepanjang Selat Melaka dari selatan Thailand hingga ke Melaka,” katanya.

Dr Mastura berkata, keadaan itu membawa hujan lebat yang lazim berlaku pada lewat petang dan kadangkala pada waktu malam. – WD MY