Ia Bukan Pintu Belakang Laksana Hudud Kata Ahmad Zahid

0
82
KUALA LUMPUR, 4 Dis – Bukan Pintu Belakang……. Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi memperkasa Mahkamah Syariah (RUU 355) tidak sama sekali akan dijadikan pintu
belakang ke arah melaksanakan hudud sebagaimana dendangan parti pembangkang DAP,
kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“RUU 355 bukanlah hudud sebagaimana didakwa. Ramai sahabat-sabahat saya yang
bukan Islam bimbang bahawa RUU 355 akan memberi kesan secara tidak langsung
kepada mereka,” katanya.

 Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden itu menjelaskan
bahawa RUU 355 itu tidak terpakai sama sekali kepada orang bukan Islam dan
mereka tidak boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah.
Ini kerana, katanya, Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa
Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan RUU 355, Seksyen 2 juga menjelaskan
hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.
Ahmad Zahid meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak lagi
terpengaruh dengan skrip pembangkang seperti DAP yang akan menolak apa sahaja
perkara baik yang cuba dilakukan orang Melayu walaupun untuk kebaikan bersama.
Beliau berkata semua parti komponen perlu memainkan peranan lebih positif
membantu masyarakat Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan dan kaum lain untuk
menyedarkan mereka daripada berterusan ditipu petualang, DAP.

“Bagi Anggota Parlimen pembangkang yang beragama Islam, yang tegar memulau
usaha murni ini, biarlah mereka dengan dunia mereka,” katanya.

Ahmad Zahid berkata penjelasan juga akan diberikan kepada masyarakat bukan
Islam agar kekeliruan itu dapat diperbetulkan.

“Usahlah risau, usahlah takut. RUU 355 tidak sama sekali menyentuh
kepentingan dan kedudukan anda semua,” katanya. – WD MY