KUALA LUMPUR, 6 April – Sebab Penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli adalah selaras peruntukan Seksyen 15 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, turut berpendapat Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 tidak memberi imuniti kepada Ahli Parlimen melakukan kesalahan jenayah.

“Bagaimanapun, saya yakin PDRM (Polis Diraja Malaysia) mempunyai justifikasi sendiri kenapa penahanan dibuat di lokasi sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Beliau mengulas kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang menyifatkan tindakan polis menahan Naib Presiden PKR itu ketika beliau keluar dari pintu pagar utama bangunan Parlimen semalam sebagai menghina Parlimen. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY