MIAMI/CHICAGO, 20 Ogos – Larangan……. Pegawai Kesihatan Persekutuan hari ini memberi amaran kepada wanita mengandung agar tidak mengunjungi Miami Beach selepas Florida mengesahkan virus Zika aktif di destinasi pelancongan popular itu.

Pusat Kawalan dan Perlindungan Penyakit Amerika Syarikat juga mengesyorkan agar wanita mengandung yang dibimbangi amat terdedah dengan Zika yang menyebabkan kecacatan pada janin, mempertimbangkan agar terus menjauhi daerah Miami-Dade County.

Amaran terbaharu itu nyata memberi tamparan buruk kepada industri pelancongan berbilion dolar di Florida itu dengan Miami Beach saja menyaksikan separuh daripada pengunjung akan tinggal di bandar raya itu.

Dalam sidang medianya, Gebenor Florida, Rick Scott, berkata Pegawai Kesihatan Negeri sudah mengenal pasti lima kes Zika yang dipercayai dari Miami Beach.

“Ini bermakna, kami percaya satu kawasan baru wujud menjadi tempat jangkitan tempatan berlaku di Miami Beach,” katanya. – WD MY

LEAVE A REPLY